Selain daripada bantuan perubatan, MyCARE juga menyalurkan makanan panas kepada 5,000 orang penduduk Gaza yang berlindung di sekolah sekitar Khan Younis.
Penyediaan makanan terpaksa menggunakan kayu api kerana gas dan bahan bakar sangat terhad di Gaza. Menurut Dr. Ziad Shehada, cara mereka survive salah satunya adalah berpuasa. Makanan yang mudah didapati hanyalah makanan asas seperti roti.
Kegembiraan terpancar dan penghargaan buat para penyumbang MyCARE di Malaysia dengan edaran makanan panas ini.
Semoga Allah merahmati semua penyumbang MyCARE dan melipat gandakan rezeki anda semua.
Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:
atau
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Sila hantarkan maklumat di bawah ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369