KLANG, 8 Apr 2017 – Satu program anjuran ibubapa dari Idrissi International School telah di adakan dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) di bawah agensinya Nusantara Care dan juga Sekretariat Anak Yatim MyCARE di Madrasah Muiinulislam Meru, Klang, Selangor. Program ini turut dijayakan oleh sukarelawan MyCARE Selangor.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti ice breaking, mewarna dan juga tiup-pecah belon. Jamuan makan tengahari disediakan selesai aktiviti dan program ramah mesra bersama pelajar Rohingya, pelajar dan ibubapa Idrissi International School bersama sukarelawan MyCARE. Makanan dan minuman tengahari serta hadiah telah ditaja oleh ibubapa dari Idrissi International School.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dari Idrissi International School kerana telah berusaha dan amat prihatin bagi mengadakan program sebegini. Tidak lupa terima kasih juga kepada sukarelawan yang terlibat.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas