Tabung Kecemasan Somalia

Somalia merupakan salah satu negara di benua Afrika yang telah dihimpit konflik perang saudara dan kemarau berpanjangan sejak 1990-an lagi. Masalah ini telah menyebabkan Somalia ditimpa krisis kebuluran yang begitu dahsyat.
Kemarau yang berpanjangan menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Bekalan makan yang tidak mencukupi dan kenaikan harga barang telah menyebabkan rakyat terpaksa mengharap ehsan bantuan kemanusiaan.
Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) terpanggil untuk turut sama membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Satu perancangan telah disusun dengan kerjasama dua rakan NGO – KLGhaith dan African Relief Committee (ARC), untuk melancarkan kempen “Somalia Relief 2017”.
Kempen “Somalia Relief 2017” mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan ke Somalia. Bantuan akan difokuskan kepada keperluan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan.
MyCARE juga bercadang menghantar satu “Misi Kemanusiaan ke Somalia” pada 26 April sehingga 2 Mei 2017 untuk meninjau sendiri keadaan di sana sambil memantau proses penyaluran bantuan dan mengenalpasti projek-projek jangka panjang yang boleh dilaksanakan. Delegasi ini akan turut disertai doktor perubatan, jurutera dan warga media.
Bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung “Somalia Relief 2017” sumbangan boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui salah satu akaun berikut:
MAYBANK ISLAMIC – 5642 5856 0698
CIMB ISLAMIC – 8602 135 592
BANK ISLAM – 1209 2010 034904
JomPay Biller code: 6197
Online: https://www.billplz.com/mycare
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit