Alhamdulillah, satu lagi amanah sedang dilaksanakan. Kerjasama strategik MyCARE-Econsave Cash & Carry melangkah setapak lagi. Awal pagi ini seramai 10 orang peserta misi telah berlepas dari KLIA menuju Turkiye dan sejumlah 12 peserta keseluruhan akan terus ke bandar sempadan Syria iaitu di Gaziantep.
Insya Allah esok pagi misi akan memasuki Syria bagi misi MyCARE-Econsave kali kedua selepas tahun lapas berjaya melaksanakan beberapa projek. Misi kali ini selain beberapa bantuan musim sejuk dan pendidikan, misi yang disertai Pengurus Besar Econsave, En. Mas Imran Adam akan merasmikan SEKOLAH MALAYSIA MyCARE-ECONSAVE yang telah siap dibina dengan kos RM1 juta bagi kemudahan pembelajaran anak-anak Pelarian di kem pelarian Al-Azaz, Syria.
Terima kasih rakyat Malaysia dan pengunjung-pengunjung Econsave Cash & Carry di seluruh negara yang menghulurkan sumbangan melalui tabung-tabung Kemanusiaan di semua pintu keluar Econsave.
Sumbangan kemanusiaan boleh terus ke akaun Humanitarian Care Malaysia iaitu ke akaun:
Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299;
CIMB Islamic Bank Berhad 8602 135 592;
Bank Islam Malaysia Berhad 1209 2010 0349 04
atau melalui link http://mycare.qrd.by/palestinjhr
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas