BANDAR UTAMA, 22 Apr 2017 – Pelancaran buku Keban telah dilancarkan di kedai buku MPH di pusat beli belah One Utama. Penulis buku Keban, Saudara Teo Ann Siang mempersembahkan edisi kedua buku tersebut yang telah ditambah baik. Majlis pelancaran buku Keban edisi kedua ini telah dirasmikan oleh Ahli Pemegang Amanah MyCARE, Dr. Tahir Abdul Rahman yang mewakili Pengerusi MyCARE Dr. Hafidzi Mohd Nor.
“Saya sangat berbangga dan bersyukur dengan kemampuan Teo Ann Siang. Dalam tempoh satu tahun beliau telah berjaya menerbitkan dua buah buku tentang kemanusiaan dalam bahasa Mandarin. Usaha yang sangat mulia ini wajar dicatat sebagai milestone (pencapaian penting) dalam perkembangan bidang kemanusiaan di Malaysia. Ia mengangkat kembali makna kemanusiaan yang mungkin tenggelam natijah dari pelbagai peristiwa yang bernuansa kaum, agama dan kecenderungan politik. Menyulam kerja kemanusiaan yang tidak mengenal erti perbezaan kaum, agama dan perbezaan sektarian apa pun mampu mempertaut kembali hubungan keinsanan yang murni dan harmoni,” ucap Dr. Tahir yang mewakili Dr. Hafidzi.
Perunding UNHCR, Josh Hong turut hadir ke majlis pelancaran sebagai tanda sokongan merealisasikan isu-isu kemanusian dalam masyarakat Malaysia.
Majlis diserikan dengan persembahan energetik dari Shenma Dynamic Dance Team dan Standup Flashmob.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE merakamkan tahniah kepada Saudara Teo Ann Siang atas penerbitan buku Keban untuk edisi kedua. Semoga usaha murni ini akan memperluaskan lagi isu-isu kemanusiaan di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain di dalam masyarakat Cina.
Jutaan terima kasih juga kepada MPH cawangan One Utama atas kerjasama dan para hadirin yang menyokong usaha-usaha MyCARE.
Buku Keban boleh didapati dengan harga RM30 sahaja di kedai-kedai buku berikut:
Gerakbudaya Bookstore
Popular Book Co (M) Sdn Bhd
MPH Distributors Malaysia
BORDERS Malaysia
Happy Learning
Intelligentsia Book Station
Citè Book Garden
Kinokuniya Malaysia
Iman Shoppe
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: