Ibu pejabat MyCARE telah dikunjungi 5 wakil dari Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohamed Saladin Abdul Rasool dengan ahli rombongan iaitu Dr. Siti Normah Awang Tuah, Dr Azhana Othman, Dr. Ajila Che Man dan Puan Wan Rashidah Wan Musa.
Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Kamarul Zaman Bin Shaharul Anwar menyambut kunjungan ini dengan tangan terbuka.
Salah satu objektif MyCARE adalah membina hubungan mantap dan jalinan kerjasama dengan semua pihak. Sehubungan itu, MyCARE amat mengalu-alukan kolaborasi dalam pelbagai sudut atas dasar kemanusiaan.
Pelbagai perkongsian menarik telah diadakan bertujuan menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak yang antara lainnya melibatkan pembangunan kapasiti dalam aktiviti kemanusiaan, latihan kesukarelawanan (Training of Volunteers), perkongsian tentang aktiviti dan bantuan kemanusiaan, penglibatan di lapangan serta pemilihan wakil MyCARE sebagai penceramah jemputan dalam persidangan dan seminar anjuran CIPSF.
Satu kunjungan balas akan dilakukan oleh pihak MyCARE ke CIPSF dalam masa terdekat bagi.mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang terjalin.