Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dengan kerjasama Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH) telah menganjurkan Gaza-Inspired Family Hi-Tea pada 18 Februari 2024 bertempat di Hotel Tenera Bangi sebagai program pertama dalam merangka pelan pembangunan jangka panjang bagi membangunkan semula Semenanjung Gaza yang musnah dibom rejim Zionis menerusi program Bina Semula Gaza (BSG).
Majlis dirasmikan oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) disaksikan Tuan Hj. Jamaludin Bin Ibrahim (Pengerusi SPANCH) dan Prof Dr. Mohamad Pauzi Bin Zakaria (Pengarah Program BSG).
Forum Gaza-Inspired Family merupakan agenda utama majlis hi-tea ini yang disampaikan oleh barisan panelis hebat iaitu Dr. Hafidzi Mohd Noor (Penasihat Kehormat MyCARE), Dr. Fauziah Mohd Hasan (Ahli Pemegang Amanah MyCARE) dan Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman (CEO CGM) serta dipengerusikan oleh moderator En. Khalid bin Jimat.
Pelbagai kisah menarik dari Gaza serta fakta-fakta yang perlu diteladani untuk dimurnikan dalam diri individu, keluarga sehinggalah para pemimpin negara.
Tambahan, kempen BSG bertujuan menyuntik kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang dana bagi membolehkan usaha memulih dan membangunkan semula kemudahan serta infrastruktur asas di Gaza dapat dilakukan segera.
MyCARE mengadakan kerjasama strategik dengan Surau Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) bagi menyusun hala tuju pembinaan semula pascaperang di Gaza.
Pelan jangka panjang BSG membabitkan pembinaan infrastruktur (rumah), ekonomi (pertanian), perubatan, rehabilitasi dan pendidikan.
MyCARE bersama SPANCH mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin yang telah bersama dalam majlis Gaza-Inspired Family Hi-Tea.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”