Bekerjasama dengan Shonirvo Shamaj (SRS), MyCARE telah mengerahkan usaha untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang berada di kem pelarian Rohingya di Ukhiya, Cox’s Bazar.
Dengan sokongan yang diberikan oleh Care Beyond Borders, MyCARE telah melancarkan program pemberian selimut dari 5 hingga 15 Disember 2023. Dengan peruntukan sebanyak RM11,767.66, tujuan kami adalah untuk melindungi individu yang terjejas daripada kesejukan yang dahsyat.
Alhamdulillah, seramai 230 orang penerima telah menerima selimut untuk berlindung dari kesejukan. Respon yang diterima dari penerima manfaat disulami dengan penuh penghargaan dan terima kasih kepada para penderma yang menjayakan program ini.
Program pemberian selimut bukan sekadar menyediakan kehangatan fizikal, tetapi juga menyumbang kepada harapan dan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti Rohingya.
Agihan pek makanan juga telah dijalankan pada bulan Februari tahun ini.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Sumbangan anda bukan sahaja memberikan kehangatan dan kekuatan, tetapi juga memberikan harapan kepada mereka yang mengharunginya.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”