[Volunteer] Training of Volunteer 2024

Alhamdulillah, seramai 37 orang peserta telah mengikuti Training of Volunteer (TOV) anjuran MyCARE HQ.
TOV kembali lagi setelah setahun lebih tertangguh ekoran kerja-kerja pengubahsuaian pejabat MyCARE sejak Disember 2022, dan kali ini turut disertai oleh barisan fasilitator berpengalaman, yang sebahagiannya juga merupakan alumni TOV 2022.

 

Melalui TOV ini, peserta dapat mengetahui lebih mendalam tentang MyCARE beserta peranan yang boleh diceburi sukarelawan bersama MyCARE. Tambahan topik berkenaan Core Humanitarian Standard (CHS) dan Child Safeguarding Policy menambah pengetahuan sukarelawan dalam penglibatan sebagai seorang sukarelawan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersempena kempen MyQurbani 1445H, peserta dilibatkan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan bagi membincangkan dan mengeluarkan idea menarik supaya dapat bersama menggerakkan kempen ini.

 

Pengendalian aktiviti ini telah menambah kefahaman dan penghayatan bukan sahaja para penyampai dan fasilitator malahan peserta juga, melalui pelbagai pendekatan baru dan menarik dalam dunia kesukarelawanan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan rantaian maklum balas yang memberangsangkan daripada kalangan peserta.

 

Semoga sedikit sebanyak perkongsian yang disampaikan telah memberi impak positif buat para peserta dalam menambah pengetahuan masing-masing untuk menyumbang dalam relung kemanusiaan ini.

 


 

 

 

 

SYABAS DAN TAHNIAH! Semoga kita berjumpa di lapangan pula. Insya Allah.

 

Mari bersama-sama juga memperkasakan aktiviti para sukarelawan dengan menyumbang di:

 

Ingin menjadi sukarelawan? Daftar di sini:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit