Alhamdulillah, RM20,000 tajaan Syarikat UDA Holdings Berhad telah diagihkan kepada para penerima di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah.
Sumbangan yang diagihkan berbentuk sumbangan tunai, barangan dapur dan alatan solat.
Majlis diserikan lagi dengan perkongsian tentang MyCARE oleh Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan dan Pengurus MyCARE Pulau Pinang, En. Aris Taib.
Manakala Imam Utama, Haji Abdul Rahim Othman telah memberikan tazkirah bertajuk Sabar dan Syukur.
Para penerima meluahkan rasa syukur dan lega kerana sumbangan yang diagihkan amat membantu dari sudut kewangan dan keperluan harian.
Terima kasih Syarikat UDA Holdings Berhad atas keprihatinan membantu mereka yang memerlukan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”