Bantuan pek makanan & duit raya kepada Orang Asli Hulu Kemensah

GOMBAK, 25 Mei 2017 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sekali lagi melancarkan Program MyRamadhan buat tahun ke-7 pada tahun ini dengan bertemakan “Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”
Penyaluran bantuan kepada Orang Asli telah disalurkan seiring dengan beberapa lagi program di perkampungan Orang Asli Hulu Kemensah pada hari ini.
Sebanyak 26 pek makanan telah dieedarkan kepada 26 buah keluarga di sini dan hadiah duit raya pula diberikan kepada kanak-kanak.






Turut hadir wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bahagian Gombak, Puan Rogayah untuk bersama melihat keprihatinan rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara Orang Asli.
Penduduk Orang Asli di sini berasal dari suku Temuan dan rata-rata nya masih mencari sumber hasil hutan seperti mencari kayu gaharu, ikan, buah-buahan dan lain-lain.
Bantuan pek makanan berupa beras, minyak masak, telur dan bahan-bahan asas telah disalurkan sebagai persiapan saudara Orang Asli kita di dalam menyambut bulan Ramadan.
Menurut Ketua Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, MyCARE menyasarkan bantuan berjumlah RM60,000 untuk dimanfaatkan kepada Orang Asli, golongan asnaf, Ibu tunggal dan juga pelarian-pelarian Palestin, Syria, dan Rohingya yang berada di Malaysia.
“Ini adalah salah satu inisiatif MyCARE untuk melebarkan jaringan kemanusiaan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” tambah beliau.







Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Aktiviti lain juga turut diadakan seperti gimik pelancaran, menyumpit, mewarna, dan beramah mesra dengan penduduk di sini.
Kempen MyRamadan tahun ini, MyCARE menyasarkan RM5 juta untuk diagihkan kepada 21 buah negara termasuk di dalam negara.
Penajaan pek makanan termasuk sahur dan iftar bernilai RM100 dan Hadiah Raya bernilai RM50 akan diagihkan kepada mangsa-mangsa peperangan di negara bergolak, kem-kem pelarian dan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik di 21 buah negara termasuk di dalam Malaysia.
Lebih 100,000 penerima manfaat telah dikenalpasti antaranya di Gaza, Tebing Barat (Masjid Al-Aqsa), Syria, kem-kem pelarian Syria di Lubnan dan Turki, kem-kem pelarian Palestin di Lubnan, pelarian Rohingya di Malaysia dan komuniti Islam di Myanmar.
MyCARE juga melancarkan kempen Pembela Ummah dengan menjalankan siri-siri penjelajahan perkongsian tentang isu-isu kemanusiaan di seluruh negeri sama ada di pejabat, sekolah, masjid dan surau oleh para aktivis MyCARE.
Pada tahun ini, MyCARE menyasarkan sebanyak 300 tempat untuk sesi perkongsian ini. MyCARE juga bekerjasama dengan Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM) dengan membawa Imam Palestin untuk memberi perkongsian secara terus berkenaan isu Palestin dan memimpin Solat Tarawih.
Bagi mereka yang ingin menyumbang ke kempen MyRamadhan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Islamic (5642 5856 0698) atau CIMB Islamic (8602 13 5592) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).
Untuk derma secara online, sumbangan boleh dibuat di:
https://www.billplz.com/myramadan

2 comments

  1. Dear sir
    I would like to visit Orang Asli Hulu Kemensah and provide food to them. Is there any contact number that I can call to arrange for the visit?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit