TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA!
Ahli Misi MyCARE ke Myanmar 3 (MMM3) telah menyalurkan 150 sumbangan pek makanan kepada 150 buah keluarga di Kampung Bumay 6, Sittwe pada 28 Mei lepas. Barang yang disalurkan adalah (untuk setiap pek):
1) Beras (20 kg)
2) Gula (2 kg)
3) Susu pekat (1 tin)
4) Minyak Masak (2 L)
5) Mee Hoon (2 Paket)
6) Mee (3 Paket)
7) Kentang (1.5 kg)
8) Bawang besar (1.5 kg)
9) Kacang kuda (1.5 kg)
10) Kacang Dhal (1.5 kg)
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Di samping itu, kanak-kanak yang hadir telah diberikan gula-gula. Mereka sungguh gembira mendapat gula-gula, bahkan golongan dewasa pun ada yang turut meminta. Di samping itu, 2 orang remaja bertuah telah mendapat hadiah sebiji bola sepak dan tali skipping.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan anda kepada mereka melalui MyCARE dan Nusantara Care. Keadaan komuniti Muslim di sini sangat dhaif dan memerlukan bantuan anda untuk kelangsungan hidup mereka. Ayuh teruskan menyumbang ke Projek MyRamadan anjuran MyCARE.
“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Sumbangkan tajaan Pek Makanan atau Hadiah Raya di https://www.billplz.com/myramadan atau
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY (ID: 6197)
Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas