Sambutan MRT 2.0 Melaka

Pergi ke Melaka membeli belacan,
Singgah sebentar di Masjid Lendu,
MyCARE bertandang penuh harapan,
Bersama masyarakat kita bertemu.

 

Alhamdulillah. Jazakumullahu khairan orang Melaka. Kunjungan kami ke bumi Hang Tuah disambut dengan tangan terbuka dan semangat yang berkobar-kobar. Keberangkatan MyCARE Road Tour 2.0 kali ini penuh dengan pelbagai aktiviti yang berjaya menarik minat dan menyantuni masyarakat di Melaka.

 

1 Ogos 2024: Kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka. Kami berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam usaha menyokong misi kemanusiaan ini.

 

2 Ogos 2024: Kunjungan hormat ke RTM Melaka untuk membincangkan pelbagai Kerjasama strategik pada masa akan datang.

 


 

 

 

3 Ogos 2024: Program Eyes on Palestine di Pejabat IKRAM Melaka mendapat sambutan hebat dengan kehadiran ramai peserta. Pelbagai aktiviti menarik seperti forum bicara Palestin, booth pameran Palestin, penyampaian hadiah, dan pelbagai merchandise berjaya menarik perhatian pengunjung. Aktivis MyCARE, Ibrahim Adham A. Khalil, turut berkongsi pengalaman beliau yang sangat menyentuh hati.

 

4 Ogos 2024: Program Santai bersama Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi MyCARE menjadi penutup yang sempurna untuk acara ini. Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya IKRAM Melaka dan Sekretariat MyCARE Melaka yang menjadi tuan rumah.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Belayar Perahu ke Anjung Batu,
Singgah bermalam di Pantai Puteri,
Bersama MyCARE kita membantu,
Demimu Palestin kami terus berdiri.

 

Klik link di bawah untuk membantu membina semula Gaza dan menyokong kebebasan Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit