Ziarah MyCARE ke Media Prima

Delegasi MyCARE telah menziarahi pejabat Media Prima yang diketuai oleh Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar selaku Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE.

 

Pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi laporan projek di Gaza yang disumbangkan oleh Media Prima melalui dana Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

 

CEO MyCARE telah membentangkan laporan akhir projek di Gaza yang disaksikan Pengerusi Media Prima-NSTP Humanitarian Fund iaitu Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar Hassan dan seluruh ahli pemegang amanah yang lain.

 

Terdahulu, Media Prima Berhad (MPB) menyerahkan sumbangan orang ramai menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima berjumlah RM524,551.75 kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi membantu penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza.

 

 

Terima kasih Media Prima kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menggalas amanah ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada