SANDAKAN, 15 Jun 2017 – Pertubuhan MyCARE telah diundang oleh Politeknik Sandakan Sabah (PSS) bagi memberi perkongsian ‘Kita dan Kemanusiaan’ sempena Program ‘Bah, Jom Sungkai @PSS’. Oleh itu, MyCARE HQ telah mengamanahkan empat orang aktivis MyCARE Semporna untuk melaksanakan misi perkongsian kesedaran tersebut.
Saudara Azmahul bin Parman memulakan perkongsian dengan memperkenalkan secara terperinci tentang Pertubuhan MyCARE, agar hadirin maklum bahawa MyCARE adalah NGO kemanusian yang telus dan amanah dalam menyampaikan saluran sumbangan orang awam. Aktivis kedua pula, Normen bin Halusran, memberi perkongsian tentang ‘Ringkasan Gaza’ dan ‘Syria Berdarah’. Usai menyampaikan perkongsian, wakil MyCARE memberi cenderahati kepada Pengarah PSS sebagai tanda penghargaan.
Warga PSS memberi maklum balas yang sangat positif terhadap perkongsian MyCARE yang diberikan. Leftenan Kolonel (PA) Hasan bin Siraj, Pengarah PSS, bertemu secara personal dengan wakil MyCARE untuk menyampaikan beberapa cadangan beliau terhadap MyCARE. Antara cadangan beliau adalah:
1. Membuka pertubuhan MyCARE bagi daerah Sandakan.
2. Menjadikan PSS sebagai hub MyCARE Sandakan.
3. PSS sudi menyediakan sebuah pejabat MyCARE di kolej tersebut.
4. Melahirkan aktivis MyCARE dalam kalangan pelajar PSS.
5. Membuat program kolaborasi antara MyCARE dan MPP PSS.
Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Sabah
Pertubuhan MyCARE mengucapkan ribuan terima kasih kepada PSS atas undangan dan layanan yang diberikan. Pihak MyCARE bersedia untuk bekerjasama dan menjalankan program susulan di PSS kelak dalam usaha memberi kesedaran serta melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap pergolakan di negara-negara lain.
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: