Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sekali lagi menyantuni masyarakat tempatan di dalam kempen MyRamadan 1438H. Bantuan ini disalurkan untuk masyarakat Orang Asli, golongan asnaf, ibu tunggal serta pelarian Rohingya dan Palestin yang berada di Malaysia.
Atas sumbangan orang ramai, bantuan ini telah berjaya dilaksanakan dengan perincian berikut:
1. Program MyRamadan bersama masyarakat Orang Asli di Hulu Kemensah melibatkan 26 buah keluarga menerima bantuan pek makanan dan 78 orang kanak-kanak menerima duit raya.
2. Program MyRamadan di Surau Orang Asli di Bukit Bandaraya melibatkan 56 buah keluarga menerima sumbangan pek makanan dan 80 orang kanak-kanak menerima duit raya.
3. Program MyRamadan bersama ibu tunggal dan asnaf melibatkan 30 buah keluarga menerima sumbangan pek makanan dan 10 orang kanak-kanak menerima duit raya.
4. Program MyRamadan bersama keluarga asnaf dan muallaf di Kelas Pengajian Ustazah Anisah, Bukit Tinggi, Klang. Sebanyak 70 buah keluarga menerima sumbangan pek makanan dan 100 orang kanak-kanak menerima duit raya.
5. Program MyRamadan bersama 60 buah keluarga ibu tunggal dan asnaf di Masjid Bilal Ar-Rabah, Taman Koperasi Polis Gombak. Ibu-ibu ini dari kalangan Ahli PERWATIE (Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal) mewakili 7 daerah dari Gombak, Sentul, Cheras, Kajang, Tanjung Malim dan lain-lain.
6. Program MyRamadan melibatkan 60 pelajar asnaf dari Pusat Tuisyen Rakyat menerima bantuan peralatan sekolah. Program diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
7. Sumbangan pakaian raya oleh MuslimahClothing.Com melibatkan ibu-ibu dari kalangan masyarakat Orang Asli dan Rohingya. Antara sumbangan yang telah disalurkan ialah Pek Makanan yang terdiri daripada beras, gula, tepung, bihun, minyak, kicap, telur, pulut, ketupat segera, peralatan sekolah, duit raya, pakaian raya baru dan terpakai.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Di samping agihan sumbangan, pengenalan tentang MyCARE dan aktiviti kemanusiaan juga disampaikan oleh Pengerus Besar Operasi, Puan Roha Hassan. Setiap program ini telah mendapat kerjasama daripada wakil DUN, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), NGO PERWATIE, Penyelaras Pusat Tuisyen dan Pengajian Al Quran, Pengerusi Surau dan Masjid dan Tok Batin. Masih terdapat 2 lagi program penyaluran sumbangan MyRamadan uuntuk masyarakat tempatan akan dijalankan pada minggu ini melbatkan ibu tunggal dan masyarakat Orang Asli Sungai Gabai.Setakat ini jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM 30,000. MyCARE menyasarkan bantuan berjumlah RM 60,000 untuk dimanfaatkan kepada Orang Asli, golongan asnaf, ibu tunggal dan juga pelarian-pelarian Palestin, Syria dan Rohingya yang berada di Malaysia.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui MyCARE. Ayuh bersama kami membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. Derma dengan mudah di https://www.billplz.com/myramadan
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas