MRT 2.0 : Negeri Sabah

Salam Urang Sabah!

Kami mau jemput kamurang join program MyCARE Road Tour 2.0: Eyes On Palestine. Program ni memang mantap untuk kita tunjukkan sokongan kita sama Palestin ba.

Jangan malu-malu pigi join, banyak aktiviti best ni. Ni lah masanya kitani tunjuk semangat urang Sabah dalam isu Palestin. Jan lupa turun ramai-ramai!

Tim MyCARE berada di Sandakan 5-7 Oktober. Kami ada buat latihan pemasaran untuk bantu usahawan yang dahulunya peserta PEKB dan kami akan lancarkan Kelab Usahawan MyCARE.

Kami juga akan turun padang untuk agihan sumbangan kepada keluarga asnaf di sekitar Sandakan.

Urang Tawau jangan risau, ada juga program khas untuk kamurang! Kami akan berada di Tawau dari 13 hingga 15 Oktober 2024. Kami akan lancarkan Kelab MyCARE Tawau juga dan kami akan agihkan bakul makanan untuk asnaf.

14 hingga 16 November 2024, kami ada di Kota Kinabalu. Kamurang boleh dengar perkongsian pasal keadaan semasa rakyat Palestin di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rugi kalau tidak dengar ba. MyCARE juga akan agihkan pek makanan kepada yang memerlukan untuk bantu meringankan beban masyarakat setempat sambil memupuk semangat kemanusiaan.

Mari sama-sama bangkit, tunjukkan solidariti kamurang untuk Palestin. Ndak payah pikir panjang, terus turun padang! Jan lupa kawan-kawan, keluarga, satu kampung pun boleh ba!

Boleh dapatkan info lanjut pasal MRT dengan ikuti perkembangan kitani di https://t.me/MyCARE dan https://fb.me/mycarehq

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Ayuh Bantu Lubnan!

Lubnan kini sedang melalui krisis yang mendalam akibat konflik yang semakin memuncak. Keluarga-keluarga di kawasan selatan Lubnan dan Lembah Bekaa, khususnya, terpaksa berhadapan dengan kekurangan