[Kecemasan] Bantuan Lubnan

Alhamdulillah, MyCARE dengan kerjasama Human Association for Relief and Development telah berjaya mengagihkan 500 pek makanan kepada mereka yang paling memerlukan di Lubnan, yang terdiri daripada warga emas, anak-anak yatim, balu, dan pelarian di kem-kem pelarian.

 

Projek ini bertujuan untuk memberikan bantuan segera kepada 2,500 individu yang terkesan akibat konflik yang meragut nyawa akibat serangan rejim Zionis. Setiap pek makanan yang disampaikan bukan sekadar bahan asas seperti beras, tepung, dan minyak, tetapi juga simbol harapan dan kasih sayang dari rakyat Malaysia kepada saudara-saudara di Lubnan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di kawasan Saida dan Tripoli, penerima manfaat ini melahirkan rasa syukur yang mendalam atas bantuan yang dihulurkan, yang sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka dalam menghadapi kesukaran ini.

 

Ada di antara mereka yang kehilangan tempat tinggal kini berada di kem pelarian di bawah UNRWA dan ada yang berlindung di rumah saudara-mara.

 

Bantuan ini juga disertai dengan doa dan harapan kita semua, selaras dengan firman Allah SWT:

 

“Dan apa sahaja harta yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah, 2:273)

 

Melalui sokongan anda, MyCARE bertekad untuk terus membantu, menyediakan makanan dan keperluan asas kepada mereka yang terkesan akibat peperangan ini.

 

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada projek ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua dan melindungi saudara-saudara kita di Lubnan.

 

Bersama kita bangkitkan harapan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[Kecemasan] Bantuan Mangsa Banjir Myanmar

Pada 16 Oktober yang lalu, MyCARE berjaya melaksanakan agihan bantuan beras kepada komuniti Islam yang terjejas di Kyautaw, Myanmar. Agihan ini melibatkan 210 keluarga penerima

Ayuh Bantu Lubnan!

Lubnan kini sedang melalui krisis yang mendalam akibat konflik yang semakin memuncak. Keluarga-keluarga di kawasan selatan Lubnan dan Lembah Bekaa, khususnya, terpaksa berhadapan dengan kekurangan