[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit Optic Nerve Disease.

 

Selepas pembedahan ketumbuhan dalam otak (Meningioma Brain Tumor), Nurul Wakhidah kini mengalami penglihatan terhad dengan satu mata yang buta sepenuhnya dan sebelah lagi hanya berfungsi pada tahap 25 peratus. Keadaan ini menjejaskan keupayaannya menjalani aktiviti harian dengan selesa.

 


 

 

 

Melalui projek MyPrihatin, MyCARE membantu Nurul Wakhidah memperoleh alat magnifier Zoomax Luna 6, iaitu pembesar elektronik khusus untuk individu yang mengalami kekurangan penglihatan.

 

Wakhidah, datang dari keluarga asnaf tidak mampu membiayai kos peralatan penglihatan ini.

 

MyCARE membantu memberikan peralatan bernilai RM1,750.00 ini agar membantunya melihat dengan lebih jelas dan menjalani kehidupan dengan lebih berdikari.

 

Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang terus menyokong projek MyPrihatin dan memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja