[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.

 

Ramai daripada mereka ini dari keluarga yang terpaksa melarikan diri dari rumah dengan hanya sehelai sepinggang akibat serangan dan bedilan rejim Zionis.

 

Lebih menyayat hati, ramai kanak-kanak di kem pelarian terpaksa tidur di atas tanah tanpa tilam, menjadikan musim sejuk lebih mencabar.

 

Memahami keperitan ini, MyCARE dengan kerjasama SPANCH segera bertindak untuk memberikan bantuan kecemasan. Melalui inisiatif ini, kami telah menyediakan 178 buah tilam dan 549 buah set pakaian kanak-kanak untuk mereka yang memerlukan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Pengurus MyCARE Gaza, Dr. Ziad Shehada mengatakan proses untuk mendapatkan barang-barang ini tidak mudah, melibatkan risiko dan usaha yang besar. Namun, misi ini amat penting, terutamanya bagi mereka di kem MyCARE (Al-Sadaqa 1 dan 2) dan mereka yang berlindung di Sekolah Al-Ezz Bin Abdul Salam di Kem Al-Nuseirat.

 

Setiap keluarga menerima sebuah tilam, memberi manfaat kepada 178 buah keluarga. Selain itu, 449 kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun turut menerima set pakaian baharu. Ada kanak-kanak memberitahu bahawa ini adalah kali pertama mereka menerima pakaian baharu setelah setahun penuh kesengsaraan.

 

Senyuman dan kegembiraan di wajah mereka ketika menerima bantuan ini adalah bukti betapa berharganya usaha ini. Yang seronoknya, ketika kenderaan MyCARE tiba, anak-anak di kem ini menyambut dengan kegembiraan.

 

Kami tahu di sebalik senyuman mereka, mereka mengharapkan sesuatu.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, sekali lagi projek bantuan dapat disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

 

Terima kasih kepada pihak SPANCH dan para penyumbang atas keprihatinan dan sokongan anda. Bersama-sama, kita mampu menghangatkan kehidupan mereka yang terjejas oleh peperangan dan musim sejuk.

 

Hulurkan tangan, berikan harapan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit