Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum!

Dengan ingatan tulus ikhlas, pihak MyCARE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat di seluruh negara.
Kami, warga kerja MyCARE memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan.
JUTAAN TERIMA KASIH kami ucapkan kepada para penyumbang MyCARE yang istiqamah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan sumbangan kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik di seluruh negara.
TERIMA KASIH juga kepada para follower kami yang sentiasa menyokong perjuangan kami selama ini. Terima kasih atas REVIEW, LIKES, SHARE dan KOMEN anda di saluran Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan Telegram.
Tidak dilupakan juga penglibatan aktivis-aktivis yang tidak pernah kami jumpa, rakan-rakan artis seperti Faizal Tahir, Shaheizy Sam Samad, Shatilla Melvin, Mizz Nina, Natasya Hudson, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
Kami doakan semua rakyat Malaysia sentiasa dibawah naungan rahmat Allah, dikurniakan Lailatul Qadar pada Ramadhan yang lalu dan mendapat keberkatan di bulan Syawal ini. Semoga kita semua dapat bertemu kembali dengan Ramadan yang akan datang.
Bersama-sama kita istiqamah membantu saudara-saudara kita tidak kira di mana mereka berada atas dasar kemanusiaan.
~Selamat Hari Raya AidilFitri~
Nurturing Humanity, Making A Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit