Lapan petugas dari salah satu rakan NGO pelaksana MyCARE di Gaza, al-Khair Foundation telah syahid dalam serangan dron pengganas Israel semalam ketika mereka sedang menguruskan pendirian khemah untuk penduduk utara Gaza di Bait Lehia.
Al-Khair Charity Foundation adalah sebuah NGO kemanusian yang berdaftar di UK dan mempunyai petugas tempatan di dalam Gaza. Mereka menjadi pelaksana kepada pelbagai NGO antarabangsa dan NGO-NGO dari Malaysia termasuk MyCARE.
MyCARE telah lama mempunyai hubungan kerjasama dgn Al-Khair dan sepertimana mereka melaksana projek-projek untuk MyCARE di Gaza, MyCARE pula melaksanakan projek-projek bagi pihak al-Khair di Malaysia. Untuk Ramadhan tahun al-Khair telah menyalurkan hampir RM60,000 untuk agihan bantuan di Malaysia melalui MyCARE seperti pek makanan, iftar dan hadiah hari raya.
MyCARE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga para syuhada’ dan al-Khair Foundation dengan doa semoga mereka diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah.
Groceries for Ramadan 2025
Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di