Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand.
Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada 2,700 kematian dan lebih 4,500 kecederaan di Myanmar sahaja. Di Thailand, sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terkorban, dengan ramai lagi cedera dan hilang.
Di Myanmar, bandar-bandar seperti Mandalay dan Naypyidaw mengalami kemusnahan teruk. Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kini berdepan dengan kekurangan makanan, air bersih, dan tempat perlindungan.
Di Thailand, gempa ini menyebabkan keruntuhan bangunan di Bangkok, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan ramai lagi. Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah lain, menyebabkan kerosakan harta benda dan ketakutan di kalangan penduduk.
Bayangkan kehilangan keluarga, rumah, dan segala-galanya dalam sekelip mata. Mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada kita semua untuk meneruskan hidup.
MyCARE sebagai NGO kemanusiaan mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan di Myanmar dan Thailand.
Tidak kira siapa kita, di mana kita berada, atau apa kepercayaan kita — kemanusiaan menyatukan kita. Hari ini, di bulan Syawal ini, kita diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna: memberikan pertolongan kepada mereka yang kehilangan segala-galanya.
Ayuh bersama ringankan beban mereka di:
https://mycare.qrd.by/emergency
ATAU
ke akaun bank
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: Earthquake
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
WhatsApp – http://wasap.my/60166366369 atau emergency@mycare.org.my
[Belasungkawa] Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung