KAJANG, 12 Ogos 2017 – MyCARE dengan kerjasama dari Beacon International Specialist Centre yang diketuai oleh Dr Raja A Shaharul Malek bersama tenaga perubatan dari IKRAMHealth telah mengadakan program saringan kesihatan di Sungai Sekamat. Program ini telah melibatkan sukarelawan yang terdiri dari doktor, jururawat dan ahli farmasi.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Saringan kesihatan ini telah berjaya dijalankan ke atas komuniti Rohingya di Kampung Sungai Sekamat. MyCARE mewakili semua terlibat mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung terutama Encik Faris atas kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa juga pada para sukarelawan terlibat dan penyumbang Tabung Kemanusiaan Rohingya. Teruskan menyumbang untuk mereka yang memerlukan.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas