KUALA LUMPUR, 27 September 2017 – Buat pertama kalinya, badan kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya melancarkan satu sesi perkongsian bersama para pemimpin komuniti Rohingya yang berada di Malaysia.
Dengan membawa tajuk “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, MyCARE membuat satu inisiatif baru dengan bertujuan mendidik pelarian Rohingya di Malaysia.
Lebih daripada 35 orang pemimpin Rohingya dari seluruh Malaysia telah hadir dalam sesi perkongsian ini termasuk wakil-wakil dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.
Panelis pertama, Pengerusi MyCARE, Dr. Hafidzi Mohd Nor begitu optimistik untuk melihat pelarian-pelarian Rohingya ini dapat balik ke negara mereka dan menubuhkan sebuah negara yang berdaulat.
Panelis jemputan, Dr. Azizah Kassim, Pengerusi Refugee Support Group telah membentangkan satu kertas kerja mengenai sikap rakyat Malaysia serta kelakuan pelarian Rohingya di Malaysia.
Dr. Azizah mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam mengendalikan isu-isu pelarian di Malaysia.
Beliau mencadangkan beberapa inisiatif bagi mendidik pelarian Rohingya seperti membenarkan anak-anak pelarian ini bersekolah di sekolah kerajaan seperti yang dilaksanakan sebelum tahun 2002.
Pemimpin-pemimpin di kalangan mereka juga harus bersatu padu mendidik sikap pelarian Rohingya yang berada di Malaysia supaya tidak menimbulkan masalah sosial.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Semoga langkah pertama MyCARE ini dalam mendidik pelarian Rohingya secara holistik akan menjadi pemangkin usaha seterusnya.
Benarlah pepatah mengatakan “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”
Walau bagaimanapun, pelarian Rohingya yang mempunyai masalah sosial dan pernah menimbulkan masalah wajar dibantu kerana sistem pendidikan mereka telah dihapuskan sejak dahulu lagi oleh rejim Myanmar.
Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024
All Eyes On PalestineMyCARE akan menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MyCARE 2024 – pertandingan akan disertai oleh ratusan anak-anak yatim dari seluruh negeri untuk bersukan sambil