Bantuan food pack Misi Kemanusiaan Cox’s Bazar 2

MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia secara terus kepada pelarian-pelarian Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh di dalam Misi Kemanusiaan MyCARE pada 28 Oktober 2017 lalu.
Bantuan makanan seberat 20KG ini mengandungi beras, kentang, bawang merah, minyak masak, kacang dal, bawang putih, dan bahan masak lain.
Sebanyak 650 buah keluarga telah menerima manfaat pek makanan ini yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin.







Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Selain daripada pek makanan, MyCARE juga telah menyalurkan sumbangan berbentuk perubatan, tempat tinggal sementara, tandas, telaga dan kelengkapan tidur.
Pada tahun ini, MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000 dan bantuan ketiga bernilai RM100,000.
Jumlah pek makanan yang telah disalurkan di dalam ketiga-tiga penyaluran adalah sebanyak 2000 pek.
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Sumbangan ke Tabung Rohingya boleh disalurkan ke http://www.billplz.com/selamatkanrohingya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini