Hari pertama Misi Banjir Utara

PULAU PINANG, 7 November 2017 – Misi Bantuan Banjir ke Pulau Pinang bertolak dari Pejabat MyCARE pada jam 12.00 tengah hari dan tiba di Pejabat Gerakan i-Bantu Pulau Pinang pada jam 5.00 petang.
Misi kali ini diketuai oleh Bro Aiman Khairul Azzam (PIC Projek), Ust Syazly (Pengurus Projek) dan Saudara Azri (aktivis MyCARE).



Kami menyertai Mesyuarat Koordinasi i-Bantu dan juga melihat proses pembungkusan pek kebersihan yang akan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir bermula esok.
Selepas itu kami ke mesyuarat koordinasi i-Bantu Seberang Perai Utara di Tasek Gelugor untuk gerak kerja pada esok hari.
Beberapa kawasan di sekitar Sungai Dua sudah boleh dimasuki semula dan proses pembersihan giat dijalankan oleh petugas dan sukarelawan dari pelbagai NGO dan kumpulan.

Esok pihak MyCARE akan ke Econsave untuk mendapatkan bekalan pek makanan untuk proses pengagihan kepada mangsa banjir di sini sehingga hujung minggu ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman diatas sumbangan anda!
Anda boleh menyumbang secara ONLINE disini: www.billplz.com/banjirutara

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini