Bantuan perubatan Misi Kemanusiaan Cox’s Bazar 2

Sukacitanya memaklumkan bahawa MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia secara terus kepada pelarian-pelarian Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh di dalam Misi Kemanusiaan MyCARE pada 28 Oktober 2017 lalu.
Bantuan perubatan ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia di dalam Tabung Kecemasan Rohingya.
Di dalam misi ini, seramai 573 orang pesakit telah mendapat rawatan terdiri daripada 250 pesakit wanita, 103 pesakit lelaki dan 220 pesakit kanak-kanak .




Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Di dalam bantuan kemanusiaan sebelum ini, MyCARE telah membantu pesakit seramai 665 orang iaitu 350 pesakit wanita, 65 pesakit lelaki dan 250 kanak-kanak.
Ini bermaksud seramai 1238 pelarian Rohingya telah mendapat bantuan perubatan di dalam misi bantuan kemanusiaan MyCARE pada tahun 2017.
Selain daripada bantuan perubatan, MyCARE juga telah menyalurkan sumbangan berbentuk pek makanan, tempat tinggal sementara, tandas, telaga dan kelengkapan tidur.
Pada tahun ini (2017), MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000 dan bantuan ketiga bernilai RM100,000.
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Sumbangan ke Tabung Rohingya boleh disalurkan di http://www.billplz.com/selamatkanrohingya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini