PULAU PINANG, 11 November 2017 – Misi Bantuan Banjir diteruskan pada hari kelima. Para petugas kami bekerjasama dengan Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu SPU untuk menjalankan proses pembersihan di tempat berikut:
1) 3 rumah di Sg Lokan
2) 1 balai raya Sg Lokan
3) 3 rumah di Kg Kolam
Selain itu, 300 pek makanan juga disalurkan terus ke rumah-rumah di kampung berikut:
1) Kg Air Itam Dalam
2) Kg Air Itam Luar
3) Kg Kolam
Pek makanan ini berjumlah RM 20,000 mengandungi 300 pek makanan yang mengandungi barangan berikut:
1) Beras
2) Sardin
3) Kicap
4) Teh
5) Kopi 3 in 1
6) Gula
7) Air nineral
8) Minyak masak
9) Biskut
10) Mi segera
Lagi gambar-gambar di album I & album II MyCARE
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang menyumbang untuk Tabung Banjir Utara.
Sumbangan masih dibuka!
Anda boleh menyumbang secara ONLINE di sini: www.billplz.com/banjirutara
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.