Terima kasih rakyat Malaysia, RM100 juta telah disalurkan!

Alhamdulillah! Dengan rendah diri, kami mengumumkan sehingga 31 Oktober 2017, MyCARE telah melepasi aras RM100 JUTA agihan bantuan kemanusiaan ke-22 negara hasil sumbangan seluruh rakyat MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, dan BRUNEI sejak penubuhan kami yang tidak sampai 8 tahun yang lalu.
Antara yang bantuan terkini adalah bantuan kemanusiaan bernilai RM150,000 kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazar pada 1 November 2017 dan bantuan serta-merta berjumlah RM20,000 dari tabung kecemasan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang.
Dengannya, pasti telah ada;

    Bibir yang tersenyum dan mata yang bercahaya,
    Makanan yang terhidang dan mulut yang tersuap,
    Kelaparan yang terisi dan dahaga yang hilang,
    Cedera yang terubat dan kesakitan yang berkurang,
    Penyakit yang dibendung dan kesihatan yang terjaga.
    Malam yang lebih tenteram dan tidur yang lebih nyenyak,
    Kesejukkan yang diselimut dan kepanasan yang dipayung,
    Ketakutan yang ditenangkan dan kegelisahan yang reda,
    Sekolah yang bermula dan pendidikan yang diberi,
    Pengetahuan yang diajar dan pengalaman yang ditimba,
    Rumah yang dibina dengan atap untuk berteduh,
    Pakaian yang terjahit dan permainan yang menggembirakan,
    Sang doktor yang merawat dengan ubatan yang dibekal.
    Tanah yang diusahakan dan tanaman yang disiram,
    Ternakan yang dibela dan lembu kambing yang membiak,
    Kejahatan yang terhalang dan keselamatan yang terlindung.
    Bayi yang disusu dan anak yang terjaga,
    Ibu yang tidak lagi menangis dan ayah yang merasa lega,
    Dan masa depan yang lebih memberi harapan,
    .. DEMI KEMANUSIAAN.

TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG MyCARE serta Aqsa Syarif, IKRAM for SYRIA, Nusantara Care, Rose2Rose dan Salam Iraq!
RM100 JUTA UNTUK KEMANUSIAAN!
Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
b/p
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja