Hama (حماة) adalah sebuah bandar di tebing Sungai Orontes di barat-tengah Syria. Ia terletak 213 kilometer di utara Damsyik dan 46 kilometer dari utara Homs. Dengan penduduk kira-kira 900,000, Hama merupakan bandar keempat terbesar di Syria selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.
Bandar Hama terkenal dengan binaan 17 norias (alat untuk menaikkan air dari anak sungai) yang digunakan untuk menyiram tanaman seawal 1100 SM.
Bandar Hama dahulunya telah menjadi terkenal sebagai pusat parti pembangkang di Syria, terutamanya Ikhwanul Muslimin Syria. Oleh itu bandar ini telah diserbu oleh tentera Syria pada Februari 1982, dan hampir 40,000 orang terbunuh dalam apa yang dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai Hama / Hama Massacre.
Sudah 33 tahun peristiwa ini berlaku akan tetapi luka dan kesengsaraan mereka masih lagi dirasai bahkan lebih parah apabila Bashar Al-Assad (anak kepada Hafeez Al-Assad) meneruskan pembunuhan rakyat Syria ketika ini yang inginkan kebebasan dari pemerintahan kuku besinya.
Tragedi Hama 1982 tidak akan kita lupakan!
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas