Isu kemanusiaan di Yaman kurang mendapat sambutan di mata dunia.
Serangan demi serangan menyebabkan orang awam menjadi mangsa.
Mereka putus bekalan makanan dan hilang mata pencarian kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka ke tempat yang lebih selamat.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang rakyat Malaysia yang prihatin untuk memberi sumbangan kepada saudara-saudara kita di Yaman.
Dengan kerjasama NGO setempat, مؤسسة معاذ التنموية (Muath Developmental Foundation), sebanyak 145 buah keluarga telah menerima manfaat pek makanan di kem pelarian di utara bandar Taiz pada 8 Februari 2018.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Rakyat Yaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada mereka melalui MyCARE.
Pastinya bantuan anda dalam menyumbang sedikit sebanyak dapat membantu psikososial mereka kerana masih ada saudara-saudara mereka dari jauh mengingati keadaan mereka.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada MyCARE untuk menyalurkan sumbangan anda.
Teruskan menyokong usaha kami menyantuni saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas