Di sebalik lagenda dakwah dan tarbiyyah, Hasan al-Banna merupakan tokoh pembebasan Palestin!
Ketika Imam al-Banna mengasaskan Ikhwan Muslimun pada tahun 1928, beliau telah menjadikan isu Palestin sebagai isu yang paling penting yang diurus oleh Jamaah. Beliau memberikannya perhatian yang sangat istimewa.
Imam al-Banna meneliti isu Palestin dengan penuh minat sehingga di mana sahaja beliau berucap pasti akan menyentuh isu Palestin.
Beliau pernah menggambarkan hal ini dengan mengatakan:
“Palestin menduduki tempat dalam jiwa dan roh kita yang kesuciannya mengatasi makna nasionalisme semata-mata.
Ini kerana kita telah dikurniakan kota Baitulmuqaddis yang penuh berkat, keberkatan para anbiya’ dan siddiqin, dan tempat kelahiran Nabi Isa as. Semua ini dapat menyegarkan jiwa dan menghidupkan roh.”
Imam al-Banna telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membela Palestin; dengan pena, lidah, wang dan dirinya sendiri – sehingga beliau terkorban syahid. Beliau benar-benar syahid kerana Palestin sungguhpun tidak terkorban di Palestin.
Ikhwan Muslimun tidak membataskan usaha mereka sekadar mengingatkan tentang bahaya Zionis tetapi turut membangkitkan umat seluruhnya dan memobilisasi usaha untuk melawan bahaya tersebut. IM juga mempamerkan – dan akan terus mempamerkan – pengorbanan demi pengorbanan untuk membela Palestin.
Justeru IM terus menyedarkan orang yang lalai, membangunkan orang yang tidur, mengorbankan wang ringgit, dan menyerahkan para syuhada’ yang berkorban untuk Palestin, sehingga Palestin bebas sepenuhnya dan kembali ke pangkuan umat Islam.
Pada bulan Mei 1948 Imam al-Banna telah mengutus surat kepada para pemimpin Arab yang bertemu di Lubnan. Beliau menegaskan kesediaan Ikhwan Musl
imun untuk menyediakan sepuluh ribu Mujahid yang bersedia untuk mati syahid pada jalan Allah demi membela Palestin.
Ketika bermula perang di Palestin pada tahun 1948, pasukan Inggeris telah berundur selepas kewujudan tentera bersenjata Israel. Tentera Arab yang berada di bawah pimpinan yang dikuasai pegawai Inggeris turut campur tangan.
Rakyat Palestin pula berada di persimpangan antara tentera Zionis dan pemimpin Arab yang secara rasmi mengalah dan tunduk dengan kemahuan Inggeris. Mereka tidak menemui seorang pun penolong yang sebenar selain Ikhwan Muslimun. IM telah berjuang dalam pertempuran sengit menentang tentera Israel.
Pertempuran paling terkenal ialah “Ramat Rahil” ketika sekumpulan Mujahidin IM menyerang kubu penjajah pada malam 26 Mei 1948. Mereka berjaya menguasai kawasan tersebut dan membunuh lebih dari 200 tentera Israel. Begitu juga mujahidin Ikhwan berjaya mengembalikan kedudukan “panitera 86” setelah tentera kerajaan gagal menguasainya.
Bagaimanapun, pihak pemerintah di Mesir telah berkomplot dengan musuh. Mereka telah mengisytiharkan resolusi tentera untuk membubarkan Jamaah Ikhwan pada tahun 1948. Selepas sehari resolusi ini, tentera Mesir yang ditempatkan di Gaza diperintah untuk mengumpulkan semua senjata milik Mujahidin Ikhwan Muslimun Mesir.
Pada tarikh 12 Februari 1949 berlaku pembunuhan Imam Hassan al-Banna di pusat bandar Kaherah pada waktu tengah hari. Dua hari selepas pembunuhan itu, keluar pula arahan penangkapan mujahidin Ikhwan Muslimun. Mereka disumbatkan di penjara Rafah sehingga 18 Jun 1949.
Namun mereka kemudian dipindahkan ke Mesir dalam keadaan dikurung dengan jeriji besi untuk mendekam di penjara Mesir; sebagai balasan yang setimpal dari jihad dan keinginan mereka untuk mati syahid demi Palestin.
Mujahidin Ikhwan Muslimun menunjukkan reaksi mereka seperti yang dinyatakan Allah dalam firmanNya (bermaksud):
“Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita’. Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.” (Al-Ahzab: 22).
Generasi selepas mereka pula mengulang-ulang ayat yang berikutnya (bermaksud):
“Antara orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).” (Al-Ahzab: 23).
Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestin.
Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.
Pada tahun 1947, Imam al Banna menolak pembahagian wilayah yang dikeluarkan PBB. Dia menyampaikan seruan kepada seluruh umat dan Ikhwan secara khusus untuk menunaikan kewajiban jihad di Palestin. Al Banna mengatakan, “Al Ikhwan al Muslimun akan mencurahkan nyawa dan dana mereka dalam jihad mempertahankan setiap jengkal tanah Palestin.”
Pada tahun 1948, ketika deklarasi negara Zionis-Israel, Imam al Banna mengambil keputusan menghantar mujahidin dari Ikhwan ke Palestin. Meskipun ketika itu Zionis Israel mempunyai kekuatan yang kuat, al Banna tetap mengirim mujahidin dalam rangka menunaikan kewajiban.
Al Banna ditembak pada 12 Februari 1949 dan akhirnya gugur syahid.
Semoga beliau dirahmati Allah swt.
Sheikh Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammad al-Banna
12 Feb 1949 – 12 Feb 2018
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas