Baru-baru ini kita hanya mampu melihat dan mendengar berita serangan udara yang maha dahsyat dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad terhadap penduduk Timur Ghouta.
Serangan udara dan artileri secara berturut-turut yang dilancarkan semenjak Ahad, 18 Februari sehingga kini telah menyebabkan seramai 710 orang awam yang terkorban, 166 daripadanya merupakan kanak-kanak yang berumur bawah 8 tahun serta 98 orang wanita.
Persoalannya disini adalah apakah punca serangan dan bedilan secara ganas yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad pada Timur Ghouta semenjak 6 tahun dahulu lagi, selain daripada sekatan yang dilakukan oleh mereka kepada Timur Ghouta sejak akhir 2013?
Nama Timur Ghouta terkenal dengan tempat yang berlakunya serangan kimia pada tahun 2013 yang menyebabkan seramai 1,300 orang awam terbunuh.
Namun pembunuhan dan jumlah kematian semakin meningkat selepas pihak revolusi berjaya menawan dan mengambil alih kawasan tersebut pada tahun 2012.
Ia juga merupakan diantara kubu terakhir pihak revolusi Syria yang terletak di sekitar bandar Damsyik.
Regim Bashar al-Assad dikatakan berjaya menawan beberapa kawasan di sekitar Ghouta pada beberapa tahun yang lalu selepas beberapa operasi serangan udara dan sekatan yang dilakukan, namun rejim dan militia-militianya gagal memecah masuk dan menawan di kebanyakan kawasan di Ghouta.
Perkara tersebut menyebabkan regim Bashar al-Assad terpaksa menggunakan unit komando khas, serta militia-militia Hizbullah Lubnan dalam beberapa kali percubaan memecah masuk ke Ghouta, tetapi usaha tersebut tidak berjaya.
Serangan besar-besaran yang terjadi pada kali ini diketuai sendiri oleh General Regim al-Assad yang bernama Suhail Al-Hasan.
Proses dan Perjanjian Evakuasi (Permindahan)
Persetujuan antara rejim Bashar al-Assad, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai perantara dalam beberapa perjanjian berakhir dengan pengusiran penduduk-penduduk di sekitar bandar Darayya, Wadi Barada dan Ma’dhamiyyah dengan menggunakan corak kepungan ketat serta serangan udara bertubi-tubi telah menyebabkan PPB dituduh sebagai sekutu rejim Bashar al-Assad dalam proses pengusiran tersebut.
Rejim Bashar al-Assad dibantu tentera Rusia cuba menggunakan corak yang sama ke atas bandar-bandar kecil di sekitar Ghouta bermula dari penempatan Jobar yang terletak di timur Damsyik, merupakan satu-satunya kawasan berdekatan bandar Damsyik yang dikuasai oleh pihak revolusi melalui jalan Harasta, Arbin, Hamouriyah dan Douma yang dikira sebagai bandar terbesar Ghouta telah menjadi sasaran terbesar rejim Bashar al-Assad.
Alasan Regim Bashar Al-Assad
Rejim Bashar al-Assad dikatakan telah berjaya dalam menggunakan strategi tersebut untuk mengusir pihak revolusi di beberapa kawasan seperti Barzeh, Qaboun, beberapa kawasan di Al-Zabadani, Wadi Barada dan kawasan-kawasan yang lain.
Namun, corak strategi tersebut gagal menggempur dan menguasai beberapa kawasan yang lain seperti di penempatan Jobar, dan kota-kota di sekitar Ghouta yang masih dikawal rapi oleh pihak revolusi sehingga kini.
Oleh itu, regim Bashar al-Assad dikatakan amat bimbang dan takut berlakunya penyusupan daripada pejuang- pejuang revolusi ke Damsyik melalui terowong-terowong bawah tanah.
Ini kerana pihak revolusi dikatakan telah berjaya mengeluarkan beribu-ribu orang awam serta memindahkan ubat-ubatan melalui terowong-terowong yang menghubungkan penempatan Harasta dan Barzeh dengan penempatan Qaboun sebelum dikuasai oleh regim Bashar al-Assad.
Antara alasan dan sebab yang lain adalah keinginan rejim Bashar al-Assad menjauhkan pejuang-pejuang revolusi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik yang sebelum ini pernah diserang dengan peluru berpandu di kawasan tersebut disamping menjamin keselamatan pangkalan-pangkalan ketenteraan yang berada di kawasan berdekatan.
Ghouta juga dikatakan sebagai sumber makanan bagi rejim di Damsyik dengan keluasan tanah pertaniannya yang besar serta menjadi sebab mengapa penduduk Ghouta masih bersabar mempertahankan kawasan tersebut.
Kawalan Pembangkang
Pihak revolusi dikatakan telah menguasai setengah daripada kawasan Timur Ghouta yang dianggarkan seluas 110KM persegi. Jumlah kumpulan-kumpulan ketenteraan yang berada disana dikatakan lebih daripada 50 kumpulan.
Di antara kumpulan yang terbesar adalah kumpulan “Failaq Ar-Rahman” dan “Jaysh Al-Islam”. Terdapat juga kumpulan daripada pergerakan “Ahrar As-Sham” di Harasta selepas pihak revolusi bersetuju bergabung dengannya.
Apa yang membezakan Timur Ghouta dengan kawasan-kawasan yang lainnya ialah, Timur Ghouta merupakan satu-satunya kawasan yang bersih daripada pengaruh kumpulan pengganas ISIS.
Seramai 400 ribu orang dikatakan berada di Timur Ghouta menurut statistik daripada pertubuhan masyarakat sivil disana.
Sebelum berlakunya revolusi Syria, jumlah penduduk di Timur Ghouta dikatakan melebihi satu juta orang.
Walaupun berkurangnya pertembungan dan penentangan ketenteraan di Ghouta tahun lalu hasil persepakatan yang dilakukan antara pihak revolusi dan rejim Bashar al-Assad dengan jaminan Rusia dan Turki, namun pengeboman dan serangan tetap terus berlaku sehingga kini.
Menurut jurucakap bagi kumpulan “Failaq Ar-Rahman”, Wael Ulwan, rejim Bashar cuba mengambil kesempatan dalam rundingan damai tersebut untuk mengambil alih keseluruhan Ghouta.
Serangan Udara dan Sekatan
Ghouta terdedah dengan serangan udara yang dahsyat setiap hari. Dikatakan sebanyak 100 kali serangan udara sehari di Ghouta!
Regim Bashar al-Assad menggunakan strategi yang sama sepertimana yang berlaku di Aleppo pada tahun 2016.
Meskipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan resolusi genjatan senjata selama 30 hari di Timur Ghouta, namun serangan ketenteraan daripada pihak rejim Bashar al-Assad diteruskan dengan alasan menghapuskan pasukan pengganas yang berada di sana.
Rejim Bashar al-Assad mengetahui dan sedar bahawa mereka tidak mampu memecah masuk di dalam Ghouta selepas percubaan sebelumnya ternyata gagal.
Namun selepas beberapa hari yang lalu, berkumpulnya beberapa batalion tentera rejim al-Assad dengan jumlah yang besar di samping mendapat bantuan daripada Rusia seterusnya merancakkan lagi serangan bertubi-tubi ke atas Timur Ghouta sehingga kini.
[ARS]
Sumber: Syrian Observatory For Human Rights, al Jazeera
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas