Impact A Mother

Sempena kempen Hari Wanita 2018 ini, kami membawakan kepada anda peluang untuk sama-sama Impact A Mother!
Tahukah anda, lebih 51% pelarian adalah wanita?
Mereka lebih berisiko dipergunakan untuk perdagangan seks, dibuli secara fizikal, dan kebanyakan mereka terpaksa membesarkan anak-anak sendirian tanpa tempat bergantung dan punca pendapatan.
Jumlah mereka yang sangat ramai membuatkan kita tidak mampu untuk memberi bantuan wang kepada mereka semua.
Atas dasar ini, kempen Impact A Mother mengajak anda memperkasakan pelarian wanita dengan pendidikan, latihan vokasional, dan sokongan kaunseling di pusat-pusat komuniti wanita Rose2Rose di:
Cox Bazaar
Idlib (Syria)
Antakya (sempadan Turki-Syria)
Setapak, Malaysia!
RM80 anda akan memberi manfaat kepada:

  • 3,000 wanita dan kanak-kanak Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh
  • 150 wanita dan kanak-kanak Syria di Idlib, Syria
  • 100 wanita dan kanak-kanak Syria di Antakya, Turki
  • 110 wanita dan kanak-kanak Palestin dan Syria di Setapak, Malaysia

Bagaimana Hari Wanita anda hari ini?
Jom berikan makna kepada mereka! Jom Impact A Mother!
“When you educate a woman, you educate a nation.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember