Sebagai NGO yang membawa isu kemanusiaan di Malaysia serta membawa suara rakyat Malaysia, MyCARE dan Syria Care bekerjasama menyerahkan Memorandum Bantahan Mengenai Keganasan di Timur Ghoutah secara khasnya dan isu Syria amnya kepada yang berkenaan.
Beberapa perjumpaan telah dilakukan antaranya:
1. Kedutaan Kuwait pada 8 Mac 2018
(Kuwait kini menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB)
2. Kedutaan Perancis pada 13 Mac 2018
(Pemegang kerusi tetap di Majlis Keselamatan PBB)
3. Wisma Putra pada 20 Mac 2018
(Memorandum diserahkan kepada En Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Asia Barat Wisma Putra dan turut disertai En. Mohd Izwan Sanusi, Penolong Setiausaha Bahagian Asia Barat)
4. YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Malaysia pada 21 Mac 2018
(Turut disertai 2 Ahli Parlimen yang lain iaitu YB Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja))
5. Kedutaan Turki pada 21 Mac 2018
(Turki terlibat secara langsung dalam isu Syria)
6. Kedutaan Republik Islam Iran pada 22 Mac 2018
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE dan Syria Care berbesar hati dapat mewakili suara rakyat Malaysia untuk membantah siri-siri kekejaman yang berlaku di Syria. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Duta-Duta di Malaysia serta YB yang menyokong usul ini.
Teruskan menyokong isu kemanusiaan di Syria.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas