Alhamdulillah, ahli misi berkesempatan menyatakan solidariti bersama The Great Return March di sempadan Jordan-Palestin hari ini.
Dua kali sebenarnya ahli misi cuba mendekati sempadan Jordan-Palestin.
Yang pertama di Umm Qeis, berdekatan dengan Tasik Tiberias; tasik yang sangat signifikan dalam ekastologi Islam kerana surutnya menandakan waktu kemunculan Dajjal sudah semakin hampir.
Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Yang kedua berdekatan dengan Sungai Yarmouk, tempat pertempuran Perang Yarmouk di Zaman Khalifah Umar al-Khattab yang menyaksikan kemenangan umat Islam ke atas Byzantine di bawah pimpinan Khalid al-Walid. Kemenangan di Yarmouk (636M) menjadi pemangkin kepada pembukaan Baitulmaqdis (638M).
Teruskan menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak mereka.
Sebahagian sumbangan kempen Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders ini akan disalurkan ke Tabung Meal4Them MyCARE bagi tujuan penyaluran bantuan makanan ke kem-kem pelarian Syria dan juga negara-negara lain yang memerlukan.
Sumbangan masih diperlukan! Jom realisasikan Humanity Beyond Borders melalui sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Recipient Reference: meal4them
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602-135-592
Atau secara online di www.billplz.com/meal4them
Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel meal4them@mycare.org.my atau +6018 9089 282.
FLINT & SENADA Gives Back
MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara. Program ini