MyCARE mengucapkan tahniah kepada YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Ucapan yang sama ditujukan kepada semua parti politik dan seluruh rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab ke arah pembentukan kerajaan pusat dan negeri dengan tertib dan lancar.
MyCARE yakin di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, usaha-usaha kemanusiaan akan terus disemarakkan dan mendapat sokongan padu dari pihak kerajaan, kementerian-kementerian dan agensi-agensinya.
MyCARE juga menaruh harapan besar kepada semua kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti politik mana sekalipun yang menerajuinya akan membuka pintu kerjasama seluas-luasnya kepada NGO-NGO untuk menyemarakkan kempen kesedaran dan bantuan kemanusiaan.
MyCARE juga tidak lupa menghargai kerajaan yang lalu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Y. Bhg Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan mantan Timbalan Perdana Menteri Y. Bhg Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas sokongan yang amat besar dan strategik ke atas MyCARE dan NGO-NGO Kemanusiaan, memudahcara, membuka laluan dan menyokong usaha-usaha bantuan kemanusiaan sepanjang tempoh pemerintahan. Kami menyanjung tinggi jasa kerajaan yang telah lalu; bahkan kami meyakini kerjasama ini akan terus subur melalui saluran-saluran sedia ada.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
MyCARE
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: