COPENHAGEN, 21 Mei 2018 – Tempoh rehat selama dua hari memberikan ruang kepada ahli misi “The Right to A Just Future for Palestine” untuk melakukan beberapa persiapan terakhir sebelum menuju ke pelabuhan seterusnya, iaitu di Kiel, Jerman yang dijangka mengambil masa selama 5 hingga ke 6 hari.
Al-Awda dijadualkan untuk singgah di beberapa pelabuhan di sepanjang laluan sehingga ke Gaza, Palestin pada 27hb Julai 2018.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Antara persiapan-persiapan yang dilakukan adalah menambah bekalan makanan, menyelia keadaan kapal, pengenalan kapal kepada ahli-ahli misi, menyelenggara enjin, dan berjaga kapal pada waktu malam. Tuan Hj KZ dan Prof Nazari bermalam di dalam kabin kapal seperti mana ahli-ahli misi yang lain sebagai persiapan awal untuk bergerak pada awal pagi esok.
MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL
Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang