Bot Al-Awda ditahan German Coast Guard!

Dua orang wakil Malaysia yang berada di atas bot Al-Awda memberitahu bot yang dinaiki mereka ditahan pegawai pantai atas arahan Menteri Dalam Negeri Jerman ketika bot mereka dalam perairan antarabangsa dan belum sempat berlabuh di Kiel.
Tn Haji Kamarul juga berkata, “Mereka ambil kesemua pasport ahli misi dan maklumat peribadi serta melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas bot kami. Bot Al Awda telah terpisah dari bot-bot yang lain.”
Belia menambah, “Kebanyakan ahli misi mempunyai pengalaman mengikuti misi-misi flotila sebelum ini dan terlatih dengan pendekatan tanpa keganasan.”
Dua orang rakyat Malaysia, Tn Haji Kamarul Zaman Shahrul Anwar, CEO MyCARE dan Prof. Mohd Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia, adalah peserta terawal Misi Flotila ‘Just Future for Palestine’ (JFP) 2018, telah memulakan siri pelayaran ke Gaza dan kini berada di Kiel, Germany sebelum meneruskan pelayaran ke Wilhelmshaven.

Misi pelayaran Right to A Just Future for Palestine merupakan satu lagi cubaan Freedom Flotilla Coalition (FFC), gerakan solidariti akar umbi masyarakat antarabangsa, untuk memecahkan sekatan haram Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza. Misi kali ini disertai 4 buah kapal – Al-Awda (Pulang), Falestine (Palestine) , Hurriya (Freedom) dan Mairead, yang membawa mesej solidariti dunia bersama rakyat Palestin.
Turut serta dalam siri pertama ini adalah Yudit Ilany, aktivis dari Israel, Mikkel Grüner, ahli politik dari Norway, Elizabeth Murray, penganalisis politik dan media dari Amerika Syarikat, dan Zohar Chamberlain Regev, aktivis dari Sepanyol (merangkap ketua kapal al-Awda).
Pelayaran kali ini seperti mana pelayaran FFC sebelumnya, menggunakan pendekatan aman tanpa kekerasan (non-violence) dalam usaha meningkatkan kesedaran dan memberi tekanan kepada rejim Israel untuk menamatkan sekatan haram ke atas Gaza.
“Kempen FFC menekankan hak asasi manusia untuk menarik perhatian dunia bahawa 2 juta penduduk Palestin yang tinggal di Gaza telah dikepung selama lebih satu dekad – baik darat, udara dan laut, sehingga dijuluki sebagai penjara terbuka terbesar di dunia,” ujarnya.
Sebelum ini, FFC berjaya menganjurkan misi Women’s Boat to Gaza (WBG) pada tahun 2016 sebelum ditahan oleh tentera Israel kira-kira 35 batu nautika dari pantai Gaza.
Doakan keselamatan peserta-peserta kita dan seluruh ahli misi.
Ikuti perkembangan misi flotila di FB MyCARE.
Ayuh membantu misi Flotila ke Gaza secara online di sini: www.billplz.com/flotilagaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi

Merealisasikan Impian Anak Bestari Rose2Rose

Sumbangan kewangan dan sebuah komputer riba telah disampaikan oleh wakil R2R Kedah, Puan Roshadah, kepada Nourelwjoud Muahid, seorang pelajar dari Sudan yang diterima melanjutkan pengajian