Jika mereka berada di tahap sehingga pampers pun dibasuh semula, anda boleh bayangkan bagaimana susah dan miskinnya mereka. Perkara sebeginilah yang menyebabkan ahli misi kami menjadi syahdu apabila melihat saudara-saudara kita di Gaza. Mereka ini adalah saudara-saudara kita.
Sedih melihat keadaan saudara kita sebegini. Rumah mereka dibedil, ekonomi mereka disekat, hak-hak asas mereka dinafikan tetapi mereka tetap meneruskan kelangsungan hidup. Entah kali berapa pampers ini dibasuh semula. Pastinya si ibu tidak mahu melakukan perkara ini kerana boleh mendatangkan penyakit kepada anaknya.
TETAPI ADAKAH SI IBU INI MEMPUNYAI PILIHAN? Si ibu mungkin tidak ada pilihan tetapi KITA ADA!
Malam ini adalah malam ke-27 Ramadan. Kita ada pilihan untuk bersedekah dan berdoa. Aqsa Syarif menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk kongsikan rezeki kita bersama dan titipkan doa buat mereka dalam setiap solat. Ambil kesempatan GANDAAN PAHALA yang ditawarkan oleh Allah untuk kita membuat pilihan bersedekah kepada saudara-saudara kita di Palestin.
Jika tidak mampu, tak susah pun untuk kita tekan butang SHARE. Mungkin dalam list friend kita ada yang mahu menyalurkan sumbangan kepada Palestin tetapi tidak dapat informasi. Tekan sahaja butang share. Bukankah itu juga satu bantuan dari kita untuk rakyat Palestin?
Salurkan sedekah anda ke https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah.
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang