Nepal pernah dilanda bencana gempa bumi 7.9 skala richter (SR) pada tahun 2015.Ia adalah gempa yang terbesar dan terburuk sejak tahun 1934. 30 daripada 75 wilayah di Nepal terkesan dengan bencana ini dan yang terburuk adalah di sekitar Kathmandu. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menghulurkan bantuan kepada masyarakat di Nepal sejak tahun 2015 sehingga sekarang. Pelbagai bantuan telah dihantar seperti bantuan pembinaan semula rumah, pek makanan, pakaian, serta aktiviti-aktiviti psikososial untuk kanak-kanak di sana.
Ramadan ini MyCARE bersama rakyat Malaysia sekali lagi menghulurkan bantuan merupai pek makanan kepada golongan asnaf (ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin dan IDP). Pek makanan ini telah disalurkan di Kathmandu District. Program seterusnya akan disalurkan ke Siraha District. Para penerima manfaat begitu gembira sekali menerima perkongsian rezeki dari rakyat Malaysia. Mereka mengucapkan terima kasih dan mendoakan balasan terbaik buat para dermawan.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Nusantara Care, agensi kemanusiaan di bawah MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang