Satu hari sebelum pelayaran

Isnin, 25 Jun merupakan hari kedua kami di Bandar Cadiz dan 1 hari sebelum kapal mula berlayar ke Cagliari, Itali.
3 aktiviti utama yang berlangsung:
– Non-Violent Training
– Serahan tugas dan pembelian ubat-ubatan baru
– Karnival Palestina bersama penduduk tempatan
Hari ini kami bersama ahli misi Flotila ke Gaza menjalani latihan ‘non-violent’ yang dikendalikan oleh 2 aktivis dari International Solidarity Movement (ISM).
Kami didedahkan dengan latar belakang situasi dan perkara berkenaan IOF (Israeli Occupation Forces) /tentera Israel dan bagaimana ahli misi harus lakukan bila mana berhadapan dengan tentera Israel.

[VIDEO]

https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1250478208422584/

 
Semua ahli misi JELAS bahawa misi flotila ini adalah misi yang AMAN.
Pengalaman yang panjang aktivis-aktivis ISM dalam melakukan pelbagai inisiatif dan aktiviti di Palestin sejak 2008 di lapangan amat membuka mata kami bahawa banyak lagi relung yang belum kita terokai dalam memperjuangkan isu Palestin.
Juga kami teruja dan respect dengan komitmen aktivis bukan Islam yang sangat tinggi pengorbanan mereka demi membebaskan Palestin.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Beberapa doktor tempatan telah menawarkan diri untuk membantu membeli bekalan ubat-ubatan di hospital dan farmasi di Cadiz. Di sebelah petang pula berlangsungnya karnival yang dijalankan oleh aktivis tempatan dan dihadiri oleh lebih 150 orang masyarakat awam. Satu sokongan yang padu daripada  penduduk tempatan!
Aiman Khairul Azzam | Dr. Mohamad Faizal Zulkhifli
Ahli Misi Flotila ke Gaza
Cardiz, Spain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit