Pertemuan MyCARE dengan Menteri Luar Negeri

PUTRAJAYA, 13 Julai 2018 – Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri atas kesudian bertemu empat mata dengan delegasi MyCARE petang tadi.
Dalam pertemuan ringkas tadi, delegasi MyCARE yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor memberikan sedikit penerangan kepada YB Dato’ tentang Misi Flotila ke Gaza 2018 – Just Future for Palestine (JFP) yang disertai oleh MyCARE.

Ini sebahagian daripada persediaan untuk berdepan kemungkinan ahli misi JFP ditawan oleh Zionis Israel atau misi berdepan dengan situasi yang memerlukan bantuan Kementerian Luar Negeri. Insya Allah, seperti mana misi Women’s Boat to Gaza (WBG) 2016, misi JFP 2018 akan turut mempunyai seorang wakil Malaysia.
Flotila JFP ini ketika ini berhenti sebentar di Naples, Itali dan dijangka akan membuat satu lagi perhentian sebelum belayar menuju ke Gaza pada 20hb Julai nanti. Sekiranya tiada sebarang halangan, flotila dijangka tiba di Gaza pada 28hb Julai.
Selain berbincang tentang JFP, MyCARE juga memohon sokongan YB Dato’ untuk membawa bantuan perubatan ke Gaza yang berada pada tahap kritikal pada hari ini ekoran operasi ketenteraan Zionis Israel ke atas penduduk Gaza yang menyertai kempen The Great Return March (GRM) yang dilancarkan sejak 30 Mac 2018. Angka korban telah mencecah 140 orang sementara lebih 10,000 orang dilaporkan cedera.

Mohon doa daripada anda semua semoga pertemuan ini membuahkan hasil yang baik untuk rakyat Palestin nanti.
Teruskan mengikuti MyCARE untuk perkembangan JFP2018.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit