Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan RM 1.5 juta untuk melaksanakan ibadat korban (MyKorban) di 14 buah negara bergolak seluruh dunia pada Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos sehingga 25 Ogos 2018 akan datang.
14 buah negara berkenaan adalah Cox’s Bazar , Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myanmar, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam, Myanmar dan lain-lain.
Program MyKorban memasuki tahun yang ke 20 anjuran MyCARE menawarkan tiga pakej korban lembu dan dua pakej korban kambing. Bagi korban lembu, pakej A berharga RM1,500 (satu bahagian) untuk umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman, manakala bagi Pakej B berharga RM480 (satu bahagian) untuk ibadat korban di pelbagai lokasi serta pakej C berharga RM700 (satu bahagian) untuk ibadat korban di Malaysia.
Bagi korban kambing, pakej W berharga RM590 di pelbagai lokasi manakala bagi pakej X berharga RM1,100 untuk ibadah korban di Syria. MyKorban juga menawarkan pakej sejuk beku berharga RM500 di negara-negara bergolak. Selain itu, pakej tin turut ditawarkan berharga RM600. Fokus sasaran penerima daging korban sumbangan peserta negara ini adalah dalam kalangan umat Islam minoriti yang ditindas dan pelarian.
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan program MyKorban, orang ramai boleh menyemak di www.mykorban.org atau hubungi 019-2276760. Bayaran pula boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di nombor akaun 5642 5856 0698 (Maybank) atau 8602 135 592 (CIMB) dan 1209 2010 0349 04 (Bank Islam).
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: