Seruan buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

Untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, dalam tempoh beberapa jam lagi Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, WAKIL TUNGGAL MALAYSIA dan aktivis MyCARE dalam pelayaran terakhir flotila ‘Just Future for Palestine (JFP)’ akan bertolak ke Gaza. Beliau bersama 25 orang rakan-rakan aktivis dari pelbagai negara dijangka akan memulakan pelayaran ESOK, 21 Julai 2018 (Sabtu) menaiki kapal Al-Awda dari Pelabuhan Palermo, Itali.
Kapal Al-Awda akan turut disertai oleh 3 lagi kapal layar kecil – Mairead, Hurriyah/Freedom dan Filisitin/Palestine. Misi ini mempunyai SATU tujuan sahaja iaitu untuk MEMECAHKAN KEPUNGAN ZALIM ZIONIS ISRAEL KE ATAS GAZA yang telah berlangsung lebih 11 tahun. Misi ini percaya penduduk Palestin di Gaza berhak untuk bergerak bebas dan berhubung dengan negara luar seperti negara-negara yang lain tanpa sekatan.
Menurut Dr. Afandi, “Anak-anak kapal Al-Awda sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan sekiranya kami dihalang oleh tentera Israel. Kami akan belayar masuk ke Gaza secara aman; tanpa provokasi dan konfrontasi.”
“Mesej yang kami bawa adalah CINTA, KEAMANAN DAN SOLIDARITI KEMANUSIAAN. Prinsipnya adalah MENOLAK KEGANASAN. Krew dan anak kapal kesemuanya telah terlatih dengan pendekatan aman tanpa kekerasan.”
Selain mesej solidariti, misi ini turut membawa sedikit BANTUAN PERUBATAN bernilai €12,000 (~RM57,000) bagi memenuhi keperluan hospital-hospital diGaza yang dibanjiri pesakit ekoran serangan tentera Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang berhimpun secara aman dalam kempen ‘The Great Return March (GRM).’
Justeru, kami dengan rendah hati menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk:
 

1. SOLAT HAJAT & DOA SELAMAT

Menganjurkan Solat Hajat dan Doa Selamat di lokaliti anda-baik masjid, surau, pejabat dan sekolah, agar Dr. Afandi dan misi ini diberikan kemudahan dan dilindungi keselamatannya oleh Allah SWT.
Rakan-rakan dari agama lain juga diseru untuk sama-sama berdoa mengikut amalan dan cara masing-masing.
 

2. CAKNA & SEBARKAN

Mengikuti perkembangan misi ini dan menyebarluaskan maklumat tentang misi ini melalui jaringan perhubungan masing-masing agar masyarakat cakna tentang inisiatif ini.
Sekiranya tuan/puan ingin menjemput pihak MyCARE untuk berkongsi tentang misi ini secara terus, hubungi pegawai kami, En. Aiman (03-8941 2341/012-2799734 ATAU relations@mycare.org.my).
 

3. SUMBANGAN DANA

Membantu menjayakan kempen pungutan dana untuk misi ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus secara online di www.billplz.com/flotilagaza atau ke akaun rasmi MyCARE seperti berikut:
Maybank Islamic: 5515-7500-4299
CIMB Islamic: 8602-135-592
Bank Islam: 1209-2010-034904
Semoga usaha kecil ini dapat menyumbang kepada pembebasan Gaza dan Palestin secara keseluruhannya daripada penjajahan dan kekejaman Zionis Israel.
Terima kasih Malaysia!
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit