“Berapa harga seikat kangkung? Tanya kami kepada Hamid, salah seorang pelarian Rohingya di Pulau Langkawi yang sempat kami temui.
“RM2 kakak,” jawab Hamid.
“Bagi saya 2 ikat,” sambung Asiah, aktivis MyCARE yang bersama saya melakukan agihan sumbangan kepada 30 keluarga Rohingya di Pulau Langkawi.
“Tak apa Kakak. Ambil sahaja. Tak perlu bayar,” ujar Hamid menolak bayaran dari kami.
Kami serahkan duit yang beliau tolak kepada anak-anaknya. Isteri dan dua orang anak lagi ke klinik.
Hamid dan keluarga adalah antara penerima sumbangan pek makanan dari pihak MyCARE untuk kali kedua tahun ini. Rata-rata para suami dan ayah keluar bekerja, hanya isteri dan anak-anak yang sempat kami temui di rumah melalui ziarah kali ini. Hamid sendiri bekerja di kebun sayur yang kelihatan dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan.
Jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui MyCARE. Para penerima manfaat berasa sangat gembira atas bantuan anda semua yang pastinya meringankan beban mereka. Terima kasih atas sokongan anda semua kepada MyCARE.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Teruskan menyumbang kepada mereka yang memerlukan di www.billplz.com/mycare
atau salurkan sumbangan anda ke
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Puan Roha Hassan
Pengurus Besar Operasi MyCARE
Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024
All Eyes On PalestineMyCARE akan menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MyCARE 2024 – pertandingan akan disertai oleh ratusan anak-anak yatim dari seluruh negeri untuk bersukan sambil