Alhamdulillah. Bantuan awal berupa pek makanan telah disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Kepala Dusun Timburan, Desa Dadap Kec. Sambelia Lombok Timur.
Lombok Timur adalah antara kawasan yang teruk terkesan. Lebih dari 3 minggu penduduk di sini berhujan berpanas di bawah khemah yang dibina mereka secara ala kadar.
Sebanyak 50 pek makanan berupa makanan asas telah disalurkan melalui NGO PKPU atas sumbangan rakyat Malaysia kepada MyCARE dalam Tabung Kecemasan Gempa Lombok.
Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Disebabkan jauh berada di pedalaman, penduduk Kepala Dusun Timburan kurang mendapat bantuan.
Sebentar tadi jam 6 pagi waktu tempatan, Lombok Utara mengalami gegaran 5.3 skala ritcher. Lebih dari 1300 gegaran sejak 29 Julai lalu dan 4 daripadanya berskala besar.
Teruskan membantu sahabat-sahabat kita di Lombok melalui Tabung Kecemasan Gempa Lombok MyCARE.
Sumbangan anda pastinya membantu meringankan beban mereka.
MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL
Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang