MyCARE bina Rumah Senyum untuk mangsa gempa Lombok

Hasil kempen untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi Lombok Indonesia, orang ramai telah menghulurkan sumbangan mealui MyCARE dan pada Misi Gemba Lombok 14-16 Sept 2018, sepuluh buah Rumah Senyum telah berjaya disiapkan dan mula menempatkan penduduk-penduduk yang terjejas yang sebelumnya tinggal sementara bercampur antara 5-8 keluarga untuk sebuah kemah.
Konsep Rumah Senyum dengan harga RM1,000 sahaja sebuah telah menyelesaikan sebahagian masalah dan memberikan keselesaan dan ruang peribadi (privacy). MyCARE akan menghantar beberapa misi bantuan ke Lombok pada awal, pertengahan dan akhir bulan Oktober dengan lebih banyak sumbangan akan dihulurkan, insya Allah.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Gempa bumi yang menggegarkan Pulau Lombok mulai 29 Julai dan berterusan hingga akhir Ogos, telah memusnahkan lebih 70,000 buah rumah khusunya di utara dan timur Lombok.
Terima kasih kepada para penderma dan teruskan menghulurkan sumbangan.
Hulurkan sumbangan anda ke salah satu akaun:
“Humanitarian Care Malaysia Berhad”
MAYBANK 5642-5856-0698
CIMB 8602-135-592
BANK ISLAM 1209-2010-0349-04
Sila hantarkan slip bank/bukti pembayaran beserta maklumat berikut kepada MyCARE JOHOR.
+6018-9677215 (Saadon)
+6019-7342539 (Dr. Zin)
Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Winter Relief MyCARE ke Jordan

Sebanyak 374 helai selimut telah berjaya diagihkan kepada penghuni Pusat Jagaan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya di Jerash, Jordan. Kawasan ini menempatkan komuniti yang terpaksa

Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024

All Eyes On PalestineMyCARE akan menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MyCARE 2024 – pertandingan akan disertai oleh ratusan anak-anak yatim dari seluruh negeri untuk bersukan sambil