Sumbangan kepada anak yatim & asnaf MyCARE

RM1,175,578.00 lagi disumbangkan untuk Anak-anak Yatim dan Keluarga Asnaf Tajaan MyCARE untuk tahun 2018
Terima kasih kepada para penyumbang dan rakyat Malaysia!
Berikut adalah penyaluran sumbangan seterusnya untuk anak-anak yatim dan keluarga asnaf di bawah projek tajaan MyCARE. Sumbangan adalah untuk bulan Januari – Jun 2018.
1. Takaful for Child Welfare [Palestin]- RM 724,906
2. Salam Society for Relief & Development [Palestin] – RM 119,436
3. Union of Relief and Development Association (URDA) [Syria] – RM 37,756
4. Al-Nahrain Foundation for Relief and Development (NRFD) [Iraq] – RM 7,114
5. Rohingya – RM 24,034
– Maahad Darul Hijrah
– Madrasah Muiinulislam
– Madrasah Hashimiah
6. Markazosshabab Al-Muslim Fil-Filibbin Foundation [Filipina] – RM 14,832
7. Ghirass for Society Development [Keluarga Asnaf Palestin] – RM 247,500
Jumlah sumbangan : RM 1,175,578.00 (satu juta satu ratus tujuh puluh lima ribu lima ratus tujuh puluh lapan ringgit Malaysia ).
Tajaan ini adalah untuk 854 orang anak yatim dan 76 keluarga asnaf.



Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.
Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.
Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
Teruskan sumbangan tuan puan! Ia amat bermakna buat anak-anak yatim dan asnaf.
Berminat untuk menaja?
Dapatkan borang online di sini:
http://bit.ly/JomTaja
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
WhatsApp: 013-7444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bakul Makanan Gaza

Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang

Bantuan khemah untuk rakyat Gaza

Di Gaza, ribuan keluarga kini hidup dalam kerumitan selepas rumah mereka musnah akibat serangan yang berterusan. Dalam keadaan ini, tempat berlindung adalah keperluan paling mendesak.

Tabung Pemulihan Gaza

Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas

UNITEN anjur Fundraising for Gaza

Telah berlangsung majlis pra pelancaran Fundraising for Gaza anjuran Universiti Tenaga (UNITEN) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).   Majlis ini juga menyaksikan serahan sumbangan